SEKOLAH
KEBANGSAAN KAMPUNG SELANYAU
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis, 98150 Bekenu, Miri, Sarawak
No. Telefon: 085-450362
|
||
|
![]() |
|
|
LATAR BELAKANG SEKOLAHSK Kpg. Selanyau dibina pada awal tahun 1965 atas usaha penduduk kampung Selanyau dengan menggunakan bhan kayu, berdinding dan beratapkan daun nipah. Didirikan di atas sebuah tapak tanah yang dibeli. Keluasan tanah kira-kira 1 ekar. Kemasukan murid pertama pada tahun 1966 dengan seorang guru sahaja. Pembinaan kedua bermula pada tahun1970, juga dibina secara bergotong royong tetapi dibiayai oleh kerajaan.Bangunan baru ini mempunyai 3 buah kelas berlantaikan tanah dan hanya dipisahkan oleh beberapa keping 'hard bord'. Manakala pembinaan ketiga bermula pada tahun 1981 di tapak yang baru dengan pembiayaan penuh daripada kerajaan. Bangunannya mempunyai tiga buah kelas, sebuah bilik guru dan sebuah bilik Guru Besar. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 1982 dengan pengambilan pelajar secara berselang tahun. Apabila jumlah penduduk bertambah, kerajaan telah menambahkan lagi bilangan kelas. Pengambilan pelajar setiap tahun bermula pada tahun 1989. Mulai tahun 1994, sekolah ini menjadi sekolah penuh (full primary). Profil Sekolah
GAMBAR-GAMBAR SEKOLAH
VISI DAN MISI SEKOLAH
SENARAI NAMA GURU BESAR SK KPG. SELANYAU
LOKASI SK KPG SELANYAU, SUBIS
|
Laman Web ini dibangunkan oleh En. Sajidin Jais